Friday 12 July 2013

Kepentingan Susu Ibu

Umum mengetahui bahawa susu ibu adalah penting dan banyak kebaikan. Banyak pihak seperti Kementerian Kesihatan, Badan NGO dan golongan wanita mengadakan pelbagai kempen agar ibu memberikan susu badan buat simanja mereka. Susu ibu amat penting bukan sahaja terhadap bayi, malah jugak kepada si ibu itu sendiri. jom tengok apa kelebihan susu ibu?

Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada ibu : 
-membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
-menjarakkan kehamilan secara semulajadi
-mengurangkan risoko kanser payudara, ovary dan uterine
-mengurangkan risiko osteoporosis
-membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin

Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada bayi:
 
-    sumber imunisasi pertama bayi
-    mengurangkan masalah elergi dan masalah system penghadaman
-    -membekalkan zat zat dan sumber nutrisi untuk bayi

Bagaimana susu ibu terhasil / terjadi / terbentuk ?

Dari darah merah yang mengalir dalam pembuluh darah ibu bercampur dengan zat zat makanan dari usus, kemudian diproses di kilang yang amayt kecil iaitu kelenjar-kelenjar di payu dara ibu , seterusnya berupaya menghasilkan nutrisi yang sangat hebat sekali.

Secara ringkasnya , Susu ibu terjadi adalah terjadi dengan kuasa ALLAH yang memproses darah merah bersama-sama zat zat makanan . Hebat bukan ?

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/08/kebaikan-susu-ibu-bagaimana-ia-terhasil.html#ixzz2YsISkkmk



No comments:

Post a Comment