Showing posts with label Supplemen. Show all posts
Showing posts with label Supplemen. Show all posts

Saturday, 21 September 2013

Kenapa Perlu Suplemen??

Kenapa kita perlukan suplemen atau makanan tambahan? Tidak cukupkah dengan diet seimbang dan senaman yang konsisten?? Jawapannya...TIDAK CUKUP!!

Kenapa saya katakan tidak cukup?? Memang kita boleh dapatkan nutrisi yang seimbang seperti vitamin, mineral dan asid amino perlu dari makanan yang kita ambil, tetapi tubuh badan kita memerlukan vitamin yang lebih tinggi daripada yang dibekalkan dari makanan yang diambil.Contohnya vitamin C dan vitamin E yang diperolehi dari makanan tidak cukup untuk memberi kesan imunisasi, kesihatan kulit dan anti penuaan. Ini bermaksud tubuh badan kita memerlukan lebih vitamin berbanding apa yang dibekalkan dalam makanan.

1. Pencemaran
Tambahan pula kita hidup dalam keadaan yang banyak pencemaran. Udara, air dan sebagainya tidak sebersih zaman mak nenek kita. Buah-buahan dan sayuran juga terdedah dengan pencemaran bahan kimia dari baja dan racun perosak. Tidak termasuk lagi dengan sumber tanah yang tidak subur yang menjadikan bahan galian dan vitamin dalam buah-buahn itu berkurangan.

2. Kemerosotan Zat Makanan
Zat dalam makanan yang kita masak dengan suhu yang tinggi menyebabkan vitamin dan mineral dalam makanan tersebut merosot atau hilang sepenuhnya terutamanya sayur-sayuran. Ditambah lagi dengan kekurangan keupayaan badan menyerap vitamin-vitamin dengan baik disebabkan oleh kelemahan enzim akibat kekurangan protein. Contohnya kekurangan lysine menyebabkan kalsium tidak dapat diserap dengan baik.


3. Amalan gaya hidup TIDAK sihat
Kesuntukan masa dengan kerjaya dan komitmen lain tidak dinafikan membataskan masa untuk menyediakan makanan yang sihat. Budaya makanan segera cukup tinggi dikalangan rakyat kita. Sungguhpun amalan ini tidak seharusnya dijadikan budaya tetapi kerana kita ada pilihan maka makanan segera selalu menjadi kegilaan walaupun ramai yang mengetahui tentang kesan buruk makanan segera tetapi, tidak ramai yang menyedari tentang bahaya lemak tepu, tinggi kandungan gula dan garam, bahan pengawet, pewarna tiruan dan bahan tambahan yang berbahaya.


4. Sumber makanan tercemar
Terdapat sesetengah sumber makanan yang mengandungi bahan kimia yang tinggi. contohnya seperti mi kuning yang mengandungi asid borik dan roti yang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia dari anak kecil hinggalah warga tua. Namun ramai yang tidak sedar terdapat bahan kimia berbahaya dalam roti iaitu asid propionik yang memudaratkan kesihatan( baca di sini). Antara lain sumber makanan seperti ayam yang disuntik dengan hormon, daging beku dan ikan yang di awet agar tahan lebih lama.


Walaubagaimanapun kita tak dapat mengelak dari mengambil makanan-makanan asas seperti ikan, ayam, daging, roti, buah dan sayuran, jadi disinilah KEPERLUAN SUPLEMEN.

Suplemen Shaklee bukan sahaja melengkapkan nutrisi keperluan badan malah mengekalkan kesihatan agar dapat mencegah dari sebarang penyakit. Asasnya suplemen Shaklee berkesan, selamat dan semulajadi membantu meningkatkan kesihatan dan kecantikan juga secara semulajadi.

Anda nak mengetahui apakah suplemen yang bersesuaian dengan anda dan masalah kesihatan yang anda hadapi?? ceritakan pada saya... :)

Maklumat lanjut , hubungi
✍ FB : https://www.facebook.com/nurul.azwani.7
✐ FanPage : https://www.facebook.com/pages/Zon-vitamin/279582535517311
✉ Email: nurulazwani84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7775895
➲ COD Area: Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah.
➲ Penghantaran seluruh Malaysia melalui Poslaju 
 =========================
Nurul Azwani
Shaklee Independent Distributor 
ID : 964034