Showing posts with label eczema. Show all posts
Showing posts with label eczema. Show all posts

Monday, 12 May 2014

Kenapa ekzema terjadi dan bagaimana suplimen Shaklee dapat membantu?



Punca sebenar ekzema tidak diketahui. Ia boleh disebabkan oleh genetik, faktor sekitar atau kedua-duanya sekali. kebanyakan ekzema berpunca dari faktor luaran dan dalaman. Sesetengah orang mempunyai kecenderungan semulajadi atau kecenderungan diwarisi untuk bertindakbalas kepada persekitaran secara berlainan berbanding orang lain. Bagi ekzema atopik, mungkin mempnyai kecenderungan untuk diwarisi. Kulit akan bertindakbalas kepada pencetus yang tertentu dari persekitaran.

Ekzema akan menjadi lebih teruk jika terdedah kepada perengsa dalam persekitaran. perengsa adalah pelbagai benda yang menyebabkan kulit menjadi gatal, merah dengan cepat jika bersentuhan. Jika perengsa ini dijauhi ,kulit kembli menjadi normal. Perengsa biasa termasuklah
- Logam
- Kain bulu
- Getah
- sabun pencuci
- Deodorant
- Wangian
- Kosmetik
- Cat

sesetengah orang menjadi alah kepada perengsa , keadaan ini ,perengsa dipanggil alergen. Contoh alergen adalah hama,habuk, air liur haiwan seperti kucing dan anjing, bulu dari karpet, debunga dan makanan tertentu seperti seafood. Apabila alergen terkena kulit, sistem imunisasi akan bertindakbalas dan menyebabkan ekzema semakin teruk.

Kulit yang kering tanda utama ekzema. begitu juga psoriasis. Apabila kelembapan kulit semakin hilang, kulit yang berfungsi sebagai pelindung gagal mengawal perengsa dan bakteria dari masuk ke dalam kulit, akibatnya kulit kemerahan, gatal dan menjadi radang seterusnya ekzema.

Bagaimana suplimen shaklee membantu ?

Set yang dicadangkan adalah
1. Vitamin C – bertindak  sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang selain bertindak sebagai antihistamin yang dapat mengurangkan kegatalan. Juga kaya dengan kolagen bagi mengekalkan kelembapan kulit.

2. B-Complex – Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon, memperbaiki masalah-masalah kulit seperti kulit merekah.

3. Alfalfa – Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). 

4, Nutriferon - Interferon semulajadi untuk meningkatkan daya tahan diri atau sistem imunisasi bagi melawan penyakit , kuman dan bakteria. 


Cara pengambilan :
B-Complex – 1 biji sehari (selepas makan).
Vitamin C – 2 biji sehari. 1 biji pagi, 1 biji malam (selepas makan).
Alfalfa – 4 biji sehari. 2 biji pagi, 2 biji malam (selepas makan).

nak dapatkan set suplimen shaklee untuk ekzema?
contact saya

✍ FB : https://www.facebook.com/nurul.azwani.7
✐ FanPage : zon vitamin
✉ Email: nurulazwani84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7775895
➲ COD Area: Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah & Kuala Lumpur
➲ Penghantaran seluruh Malaysia melalui Poslaju 
 =========================
Nurul Azwani
Shaklee Independent Distributor 
ID : 964034

Friday, 20 September 2013

Merawat eczema

Ekzema adalah keadaan kulit yang kronik di mana kulit menjadi gatal, merah, kering dan merekah. Kira-kira 30% daripada semua keputusan diagnosis keatas simptom kulit melibatkan ekzema atopik. Ia memberi kesan yang sama kepada lelaki mahu pun wanita serta orang-orang dari latar belakang etnik yang berbeza. 

Apakah Simptom Simptom Penyakit Ekzema ?

Ekzema atopik adalah gejala penyakit kronik yang hadir disepanjang masa. Biasanya ia akan berlaku dan berterusan dalam tempoh waktu yang sangat lama. Sepanjang tempoh tersebut akan berlaku keadaan pelupasan dan perluapan yang  mungkin teruk dan memerlukan rawatan intensif. 

Antara simptom utama penyakit ini adalah seperti berikut:

1. Keadaan kulit akan pecah atau merekah
2. Kawasan kulit tertentu mungkin akan menjadi koyak
3. Kebiasaanya kulit dirasai sangat kering
4. Rasa gatal biasanya lebih teruk di waktu malam
5. Menggaru akan menyebabkan kulit seperti menebal.
6. Beberapa kawasan terlibat menjadi radang atau merah.
7. Kawasan kawasan radang kulit biasanya akan melepuh dan terkandung cecair.
8. Kulit mungkin akan bertompok merah atau berwarna coklat kelabu.
9. Sebahagian kulit mungkin akan kelihatan tompok tomok lebam kecil.



Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)


  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).
Cadangan Suplemen Shaklee untuk eczema
  • Gla - mengatasi radang dan kegatalan pada kulit
  • Alfalfa - pencucian dari dalam. menyahtoksin
  • Vitamin C - kaya kolagen yg bertindak mengikat antara sel supaya sel tidak pecah dan mengakibatkan kulit kering
  • Vitamin E - Menghilangkan parut
  • Nutriferon - Imune booster membunuh kuman dan virus yang menyebabkan eczema
Maklumat lanjut , hubungi
✍ FB : https://www.facebook.com/nurul.azwani.7
✐ FanPage : https://www.facebook.com/pages/Zon-vitamin/279582535517311
✉ Email: nurulazwani84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7775895
➲ COD Area: Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah.
➲ Penghantaran seluruh Malaysia melalui Poslaju 
 =========================
Nurul Azwani
Shaklee Independent Distributor 
ID : 964034