Sunday 15 December 2013

Bagaimana minyak Ikan Omega 3 Membantu Menurunkan Berat Badan?


Adakah anda ingin mengurangkan berat badan? Jika ya , ambillah sesuatu yang mudah seperti makanan tambahan minyak ikan yang membantu anda kehilangan beberapa kilo setiap bulan. Tidak seperti kebanyakan suplemen penurun berat badan lain  yang sering membuatkan anda rasa gelisah akibat kafein dan bahan perangsang lain.

Secara keseluruhan anda akan mendapat banyak manfaat daripada minyak ikan. Selain membantu anda menurunkan berat badan, mengambil minyak ikan setiap hari boleh membantu otak , jantung, dan sendi kekal sihat. Tiada suplemen penurun berat badan lain di pasaran sehebat minyak ikan kerana manfaatnya pada nilai kesihatan anda adalah bersifat menyeluruh.

Dalam artikel ini saya menyenaraikan dan menerangkan 4 cara bagaimana makanan tambahan minyak ikan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Selepas membacanya anda akan lihat bagaimana produk ini mampu dijadikan sebagai satu program penurunan berat badan  dan kesihatan secara keseluruhan..

1) Minyak Ikan Mengurangkan Lemak dan Membina otot . 
Hanya  beberapa kapsul minyak ikan setiap hari boleh membantu anda kehilangan lemak dan membina otot.  Dalam satu kajian ada menyatakan seseorang yang mengambil kira-kira 2 gram Omega 3 asid lemak ( EPA dan DHA) setiap hari selama 6 minggu. keputusannya mereka hilang lebih daripada 2 lbs. Lemak badan . juga didapati  kurang 1 paun dan bertukar kepada otot.

2) Minyak Ikan mengurangkan Selera .
 Jika anda mahu kekal kenyang lebih lama antara waktu makan, ambil beberapa kapsul minyak ikan selepas anda makan boleh membantu anda merasa kenyang. Dalam satu kajian, wanita yang mengamalkan minyak ikan berasa kenyang lebih lama dan membantu mengurangkan pengambilan makanan. Lama kelamaan , ini akan membantu anda menurunkan berat badan tanpa rasa lapar .Sebab kemungkinan yang membantu anda kekal kenyang ialah ia dapat mengawal pembebasan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Serotonin membantu mengawal selera makan dan mood anda. Kesan ini juga dapat memberi manfaat sebagai antidepresi dan mengurangkan pengambilan gula.


Mengikut kajian oleh American Journey of Physiology, Endocrinology & Metabolism, pengambilan omega-3 yang konsisten menurunkan paras lemak dan tindakbalas badan terhadap leptin. Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel lemak, berinteraksi dengan bahagian otak yang mengawal rasa lapar dan kenyang.

Leptin yang bermutasi menyebabkan seseorang itu sering berasa lapar. Keadaan ini menjadi penyebab kepada obesiti.
Leptin tidak dapat berfungsi dengan baik apabila seseorang mengalami obesiti, lalu menjadikan tubuh kita tidak menerima isyarat dari leptin dengan baik. Malangnya ia menjadikan seseorang itu lebih rasa nak makan apabila keadaan ini berlaku.


3. Minyak Ikan Menjadikan Program Diet dan Latihan Penurunan Berat Badan Anda Lebih Berkesan . 
Mengambil makanan tambahan minyak ikan boleh membuatkan program diet dan senaman anda lebih berkesan. Dalam satu kajian , subjek mengambil minyak ikan kehilangan berat badan lebih daripada mereka yang mengambil suplemen plasebo. Kedua-dua kumpulan mengikuti program mengurangkan kuantiti makanan dan bersenam di luar beberapa kali seminggu.

4. Minyak Ikan Membantu mengurangkan Penyimpanan Lemak.
Satu kajian menunjukkan bahawa makanan tambahan minyak ikan boleh mengurangkan risiko penyimpanan lemak. Ini kerana minyak ikan meningkatkan  sensitiviti insulin.  Sel-sel badan yang berfungsi dengan baik serta sensitif terhadap insulin adalah kunci untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat . Ini kerana, lebih sensitiviti sel-sel terhadap insulin, lebih sedikit kebarangkalian untuk makanan di simpan sebagai lemak di dalam badan anda.

Anda berminat untuk mencuba makanan tambahan minyak ikan?? boleh dapatkan dari saya dengan konsultasi berterusan.

✍ FB : https://www.facebook.com/nurul.azwani.7
✐ FanPage : https://www.facebook.com/pages/Zon-vitamin/279582535517311
✉ Email: nurulazwani84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7775895
➲ COD Area: Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah.
➲ Penghantaran seluruh Malaysia melalui Poslaju 
 =========================
Nurul Azwani
Shaklee Independent Distributor 
ID : 964034

Credit how fish oil can helped to lose weight?