Showing posts with label shaklee atasi psoriasis. Show all posts
Showing posts with label shaklee atasi psoriasis. Show all posts

Tuesday, 23 September 2014

Testimoni Psoriasis

Lamanya bersihkan sawang-sawang dalam blog ni.. ok lah malam ni nak buat satu entry khusus tentang testimoni psoriasis yang datang dari pengalaman-pengalaman customer shaklee saya. kalau nak ikutkan memang dah berpuluh-puluh customer psoriasis saya.  Jadi, memang banyak sangat feedback-feedback positif yang saya dapat.. ada yang share gambar.. ada yang meluah perasaan berpuas hati dan macam-macam lagi lah.. ok meh kite tengok satu-satu..





Biarlah gambar berbicara..
Bagi sesiapa yang ada penyakit psoriasis dan nak cuba suplimen shaklee, boleh contact saya. Apapun ekslusif konsultasi akan saya beri pada mereka yang membeli suplimen dengan saya sahaja.

Saturday, 9 November 2013

Jatuh Cinta dengan Shaklee

salam semua.. hampir sebulan saya x update blog.. ish..ish.. banyaknye sarang labah2.. huhuhu.. hari ni bersihkan sikit sarang2 labah2 tu..ekekek
okay tajuk antry hari ni 'Jatuh Cinta Dengan Shaklee'.. dah macam tajuk lagu pulak.. bagaimana saya boleh jatuh cinta dengan sahklee?? sebelum ni x ader sorang pun kawan fb yang sharing pasal shaklee di fb.. tiba satu hari saya nak cari blog orang yang menceritakan pasal kabinet dapur di kulim.. keluarlah blog norhanita yusuf. saya pun baca blog dia dan mintak contact number orang yang pasang kabinet rumah dia. try click kt fb dia rupanyer dia jual shaklee.. tapi masa tu x pandang pun shaklee tu.. bukan nak cari suplemen pun masa tu.. tapi add je lah buat meriah kan kawan fb kan.. dari stu lah baru ada nampak sahring produk shaklee kt fb saya. dari hari ke hari makin bertambah sorang ke dua orang rakan fb yang jual shaklee. satu hari saya jatuh terduduk dan terbaring sebabb tergelincir di lantai masjid. masa tu hujan lebat dan lantai licin. belakang saya jadi sangat sakit.. lepas beberapa hari hilang sakit.. tapi lepas dua ke tiga minggu sakit balik dan terasa pedih2.. sakit semakin terasa bila saya salah postur badan ketika duduk atau baring.. saya syak sebab terjatuh tempoh hari. satu hari bila terpandang kak ita promote pasal ostematrix, terdetik di hati rase nak cuba. saya dapatkan dari kak ita ostematrix dan lecithin. Habis sebotol saya terasa ada beza bahagian belakang saya. jadi hilang sakit. tapi kalau salah postur sakit tu akan datang balik. saya fikir nak repeat beli oste. Dalam masa yang sama, saya nak beli suplemen untuk kesuburan. Kak ita suggest GLA dan vitamin E. lepas sebulan saya ambil GLA dan Vitamin E sambil berterusan ambil oste, saya dapati Psoriasis saya ada perubahan.. ye ketika itu saya menghadapi masalah psoriasis yang agak teruk.. tapi saya x terfikir nak amil shaklee sbg rawatan psoriasis sebab kadang2 raser give up nak try supplemen atau ubat utk psoriasis.. emamng susah nak baik. Tapi sangat x sangka dgn GLA dan vitamin E, psoriasis saya menunjukkan perubahan yang ketara. Kuping dan gatal semakin berkurangan. Dari situ lah saya mula register membership bawah kak ita aka upline saya. Bila dah guna produk, dan ia berkesan atas saya, apa salah nya saya kongsikan dengan orang lain.. dari situ saya mula terfikir utk buat biz dalam shaklee.. sambil berkongsi kebaikan produk shaklee pada orang lain, sambil saya mencari pendapatan sampingan.. alhamdulillah.. rezeki Allah bagi pinjam.. pendapatan saya dalam shaklee telah dalam 4 angka dan sentiasa bertambah dari bulan ke bulan.. syukur alhamdulillah dipertemukan dengan shaklee.. keberkesanan produk shaklee memang diakui oleh ramai pengguna.. jika tidak, masakan shaklee jadi satu fenomena..

azwani
019-7775895
sid 964034

Tuesday, 24 September 2013

Aku dan Psoriasis

Hari ni saya nak cerita bagaimana mula-mula saya terkena psoriasis. apa itu psoriasis? baca disini .Tahun 2010 masa saya duduk menyewa dengan kawan2, seorang demi seorang keluar dari rumah. Ada yang dapat pindah ikut husband, ada yang dapat posting. Tinggal la aku menyewa sorang2... huuuu.. sedih.. tak biasa hidup seorang2. Kadang2 disebabkan terlalu sunyi selalu jugak menangis. kerap menangis. nak buat macam mana, dah kerja di situ terpaksa lah. bukan x nak carik kawan untuk sewa sekali, saya memilih sikit orang yang nak duduk sekali dengan kite.. ye la kan orang ni macam2 perangai.. Mungkin betul lah kata orang kesunyian boleh membunuh. Saya stress!! Stress sebab duduk sorang2.. huii. dasyat bunyi nye kan.. masa tu lah naik psoriasis.. sikit2.. saya pelik kenapa kelemumur makin teruk.. berkuping2.. belakang telinga.. siku, lutut.. perut, tulang betis semua penuh dengan kuping. gatal x tahan.. saya google tentang penyakit berkuping ni dan saya dapati simptomnya sama dengan penyakit psoriasis.

Saya berjumpa dengan doctor, doctor bagi krim sapu beprogel. bila letak kurnag sikit. Tapi bila dah hilang sket dan stop ambil krim tu psoriasis naik balik. Sampai la tiba masa saya nak bertunang psoriasis naik di kening. lagi teruk masa tu sebab stress buat persiapan nak bertunang dan kahwen.

Selepas 3 bulan berkahwin dan saya ikut suami duduk di Kulim psoriasis saya semakin berkurang. Mungkin faktor hormon, faktor cuaca yang kurang panas, dan faktor stress dah xder. Sekejap je duduk dengan husband , sebab saya sambung belajar di Universiti di Kl, psoriasis naik balik.. Dulu masa jumpa pakar banyak jugak ubat yang dia bagi selain lotion dan vitamin. Tapi naik jugak lepas habis ubat semua. Memang letih mencari penawar psoriasis ni. dan banyak jugak berhabis duit. apa yang saya x cuba.. ? semua saya cuba. VCO, Psocare cream, fobancort, ecocort, beprogel, minyak zaitun, habatussauda, makan madu .. macam2 lah.. semua x dapat bantu psoriasis saya. Memang Allah yang menyembuhkan segala penyakit. Kita boleh iktiar je. Bila saya start praktikal di daerah Tanjung Karang.. Cuaca dan angin laut sangat panas. Apa lagi mengajar PJK di padang dengan keadaan panas dan berpeluh sentiasa. Psoriasis makin teruk. Kuping dikepala penuh dan tebal. Rakan2 serumah yang pernah tinggal dengan saya sedia maklum tentang penyakit saya sejak dari sebelum kahwin lagi. Mujur mereka faham...

Sampailah akhirnya saya cuba suplemen shaklee GLA, Vita e, Bcomplex dan Vita c. syukur alhamdulillah.. psoriasis semakin menipis.. kuping semakin hilang meninggalkan parut 'pink2' gitu.. hehe.. saya tambah dengan omega guard.. selepas dua bulan sykur Allah sembuhkan.. 98% hilang.. Selepas tu saya tambah dengan vivix. sebab ada sedikit di belakang telinga di celahan belakang telinga tu susah sgt nak hilang. Dan kuasa Allah menghilangkan kuping dibelakang telinga tu selepas saya ambil vivix.

Kini saya mencari pesakit-pesakit psoriasis untuk dibantu. Sehingga kini, sejak bulan jun 2013 saya saya jalankan bisnes shaklee ni tidak kurang 20 orang yang saya dah temui.Baca testimoni mereka disini. Kesemuanya menunjukkan perubahan yang positif.  Jika anda yang membaca blog saya ni seorang pesakit psoriasis, atau apa pun masalah kulit, jangan segan hubungi saya. Atau jika anda tahu sesiapa pesakit psoriasis disekeliling anda, berikan contact saya pada mereka untuk saya bantu. hanya kite2 aje yang mengalami psoriasis faham penderitaan kite..

 Maklumat lanjut , hubungi
✍ FB : https://www.facebook.com/nurul.azwani.7
✐ FanPage : https://www.facebook.com/pages/Zon-vitamin/279582535517311
✉ Email: nurulazwani84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7775895
➲ COD Area: Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah.
➲ Penghantaran seluruh Malaysia melalui Poslaju 
 =========================
Nurul Azwani
Shaklee Independent Distributor 
ID : 964034

Tuesday, 23 July 2013

Shaklee Atasi Penyakit Psoriasis


Hari ni saya akan update sedikit tentang testimoni-testimoni pesakit psoriasis yang telah menggunakan suplemen Shaklee. Sebelum tu, saya nak betulkan terlebih dahulu persepsi ramai dikalangan pesakit psoriasis yang mengatakan Shaklee adalah 'ubat' psoriasis.

Shaklee bukanlah 'ubat' yang sering disalahtafsirkan. Shaklee adalah makanan tambahan semulajadi yang mencukupkan nutrisi keperluan badan bagi menjamin kesihatan berpanjangan dan mempunyai kekuatan antibodi serta sistem imunisai melawan sebarang penyakit secara semulajadi.

Suplemen Shaklee lebih istimewa dan bernilai adalah kerana kualiti bahan botani yang menjadi sumber adalah dimiliki oleh shaklee sendiri (bukan sumber dari pengeluar lain). Contohnya seperti ladang soya, tumbuhan alfalfa dan lain-lain sumber alam. Ini menjadikan suplemen shaklee bukan sebarangan sumber dan diuji kualitinya melebihi 80,000 ujian setiap tahun selain keaslian yang dijamin dengan 350 ujian pencemaran untuk setiap bahan botani.

Bagaimana Shaklee berkesan membantu pesakit psoriasis?

1) GLA Complex mengandungi minyak borage dari biji bunga matahari, vitamin e dan blackcurrant menjadikan kandungan GLA yang tinggi dalam tiap kapsul dan kaya dengan omega 6 yang yang membantu pembinaan prostaglandin yang menghasilkan hormon yang stabil. SHAKLEE GLA ini memang secara saintifiknya telah terbukti dapat membantu memperbaiki masalah eczema, psoriasis dan chronic inflammation.  Link ini click di sini menyatakan Dr Weil menyokong GLA membantu penyakit psoriasis. GLA turut membantu melegakan keradangan dan kegatalan pada kulit yang merupakan simptom-simptom biasa pesakit psoriasis.

2) Vitamin E shaklee yg menagndungi selenium dan minyak biji anggur adalah satu vitamin yang sgt bernilai dan istimewa. kenapa??? Vitamin e shaklee antioksidan yang kuat bagi mencegah dan melawan radikal bebas yg merosakkan sel. 

Selenium yg terkandung dalam vitamin e
 membantu badan dengan:
-Membuat protein khas, yang dipanggil enzim antioksidan, yang memainkan peranan dalam mencegah kerosakan sel. 
-Beberapa kajian perubatan menunjukkan bahawa selenium boleh membantu:
-Mencegah kanser tertentu
-Mencegah penyakit kardiovaskular
-Membantu melindungi tubuh daripada kesan-kesan beracun logam berat dan bahan-bahan berbahaya yang lain

3) Bcomplex Shaklee terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan. memandangkan salah satu sebab psoriasis menjadi merebak adalah disebabkan oleh stress, maka bcomplex adalah salah satu kombinasi yang baik untuk mengawal psoriasis.

4) Nutriferon Shaklee interferon semulajadi terbaik. Ketahui bagaimana nutriferon membantu psoriasis, anda boleh baca di entry sebelum ini. click di sini 

5) Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan omega 3 yang 99.99% tulen. Omega 3 meningkatkan imunisasi badan dan merupakan terapi kepada penyakit autoimun termasuklah SLE, psoriasis dan lain-lain penyakit autoimun. Dr Weil jugak turut menyokong Omega 3 dalam membantu mengawal psoriasis. 

6) Vivix Shaklee adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Vivix membantu pesakit psoriasis dengan cara merawat DNA yang telah rosak akibat radikal bebas dan membetulkan gen-gen yang rosak. Ini berdasarkan kepada salah satu punca psoriasis iaitu genetik.

Antara testimoni pesakit psoriasis yang mengamalkan suplemen shaklee: 




Bahagian kaki yang telah sembuh dr kuping dan kegatalan. parut beransur hilang







Bagi anda yang mengalami penyakit ini boleh pm saya untuk dptkan konsultasi dan tips mengawal penyakit ini. 
Azwani
Pm/ sms/ whatsapp 0197775895