Showing posts with label psoriasis. Show all posts
Showing posts with label psoriasis. Show all posts

Sunday, 4 January 2015

Cara Mengawal Penyakit Psoriasis Supaya Tak Malu Tergaru-Garu Depan Orang

Bagi yang menghidap penyakit psoriasis jenis plaque simptom yang dialami kebiasannya kagatalan dan kulit berkuping warna putih. pesakit akan selalu menggaru dan mengopek-ngopek kuping pada kulit sehingga menjadi satu habit tak kira di mana walaupun di hadapan ramai orang.

Lazimnya, psoriasis sering berlaku di kawasan-kawasan seperti siku, lutut,  celahan lipatan, kepala yang sering dianggap kelemumur tetapi sebenarnya adalah psoriasis.Selepas menggaru dan mengopek kuping, kuping akan tumbuh semula dan ia berlaku berulang kali sehingga kuping semakin menebal, semakin banyak dan merebak di kawasan tubuh yang lain.





Apa yang boleh dilakukan untuk mengawal simptom psoriasis?

Wednesday, 28 August 2013

CarotoMax

CarotoMax mengandungi 6 varieti karotena, diekstak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll. Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsetrasi beta karotena didalam darah seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

Manfaat CarotoMax


  • Mempertingkatkan penglihatan - Ia menghasilkan 'ungu visual' yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (maa kering) ,kelesuan mata, glaucoma, kaarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam dimata.
  • Meredakan penyakit kulit - Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senil plaque, kulit kering, kulit gugur, jeawat dan akne. Penggunaan luaran untuk merawat pustules, scabies, akne dan ulser kulit
  • Melindungi Epithelial - Memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser usus.
  • Melawan kanser dan oksidasi - pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser serta menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida
  • Menghalang infeksi - Merangsang enzim membunuh, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, athma, flu dan selsema
  • Menggalakkan perkembangan normal dan sihat - Merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi selain penghasilan sperma yang sihat
Maklumat lanjut untuk dapatkan CarotoMax, hubungi
✍ FB : https://www.facebook.com/nurul.azwani.7
✐ FanPage : https://www.facebook.com/pages/Zon-vitamin/279582535517311
✉ Email: nurulazwani84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7775895
➲ COD Area: Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah.
➲ Penghantaran seluruh Malaysia melalui Poslaju 
 =========================
Nurul Azwani
Shaklee Independent Distributor 
ID : 964034

Tuesday, 23 July 2013

Shaklee Atasi Penyakit Psoriasis


Hari ni saya akan update sedikit tentang testimoni-testimoni pesakit psoriasis yang telah menggunakan suplemen Shaklee. Sebelum tu, saya nak betulkan terlebih dahulu persepsi ramai dikalangan pesakit psoriasis yang mengatakan Shaklee adalah 'ubat' psoriasis.

Shaklee bukanlah 'ubat' yang sering disalahtafsirkan. Shaklee adalah makanan tambahan semulajadi yang mencukupkan nutrisi keperluan badan bagi menjamin kesihatan berpanjangan dan mempunyai kekuatan antibodi serta sistem imunisai melawan sebarang penyakit secara semulajadi.

Suplemen Shaklee lebih istimewa dan bernilai adalah kerana kualiti bahan botani yang menjadi sumber adalah dimiliki oleh shaklee sendiri (bukan sumber dari pengeluar lain). Contohnya seperti ladang soya, tumbuhan alfalfa dan lain-lain sumber alam. Ini menjadikan suplemen shaklee bukan sebarangan sumber dan diuji kualitinya melebihi 80,000 ujian setiap tahun selain keaslian yang dijamin dengan 350 ujian pencemaran untuk setiap bahan botani.

Bagaimana Shaklee berkesan membantu pesakit psoriasis?

1) GLA Complex mengandungi minyak borage dari biji bunga matahari, vitamin e dan blackcurrant menjadikan kandungan GLA yang tinggi dalam tiap kapsul dan kaya dengan omega 6 yang yang membantu pembinaan prostaglandin yang menghasilkan hormon yang stabil. SHAKLEE GLA ini memang secara saintifiknya telah terbukti dapat membantu memperbaiki masalah eczema, psoriasis dan chronic inflammation.  Link ini click di sini menyatakan Dr Weil menyokong GLA membantu penyakit psoriasis. GLA turut membantu melegakan keradangan dan kegatalan pada kulit yang merupakan simptom-simptom biasa pesakit psoriasis.

2) Vitamin E shaklee yg menagndungi selenium dan minyak biji anggur adalah satu vitamin yang sgt bernilai dan istimewa. kenapa??? Vitamin e shaklee antioksidan yang kuat bagi mencegah dan melawan radikal bebas yg merosakkan sel. 

Selenium yg terkandung dalam vitamin e
 membantu badan dengan:
-Membuat protein khas, yang dipanggil enzim antioksidan, yang memainkan peranan dalam mencegah kerosakan sel. 
-Beberapa kajian perubatan menunjukkan bahawa selenium boleh membantu:
-Mencegah kanser tertentu
-Mencegah penyakit kardiovaskular
-Membantu melindungi tubuh daripada kesan-kesan beracun logam berat dan bahan-bahan berbahaya yang lain

3) Bcomplex Shaklee terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan. memandangkan salah satu sebab psoriasis menjadi merebak adalah disebabkan oleh stress, maka bcomplex adalah salah satu kombinasi yang baik untuk mengawal psoriasis.

4) Nutriferon Shaklee interferon semulajadi terbaik. Ketahui bagaimana nutriferon membantu psoriasis, anda boleh baca di entry sebelum ini. click di sini 

5) Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan omega 3 yang 99.99% tulen. Omega 3 meningkatkan imunisasi badan dan merupakan terapi kepada penyakit autoimun termasuklah SLE, psoriasis dan lain-lain penyakit autoimun. Dr Weil jugak turut menyokong Omega 3 dalam membantu mengawal psoriasis. 

6) Vivix Shaklee adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Vivix membantu pesakit psoriasis dengan cara merawat DNA yang telah rosak akibat radikal bebas dan membetulkan gen-gen yang rosak. Ini berdasarkan kepada salah satu punca psoriasis iaitu genetik.

Antara testimoni pesakit psoriasis yang mengamalkan suplemen shaklee: 




Bahagian kaki yang telah sembuh dr kuping dan kegatalan. parut beransur hilang







Bagi anda yang mengalami penyakit ini boleh pm saya untuk dptkan konsultasi dan tips mengawal penyakit ini. 
Azwani
Pm/ sms/ whatsapp 0197775895




Monday, 22 July 2013

Psoriasis Penyakit Autoimun.


Satu juta menderita psoriasis



PSORIASIS sering membawa gejala kulit kepala mengelupas dan kelemumur (dua gambar atas), di samping luka kering pada kulit (gambar bawah, kiri) dan juga masalah artritis (gambar bawah, kanan).


PSORIASIS merupakan salah satu penyakit kulit tertua dan sering disalah anggap. Menurut data terkini, dianggarkan tiga hingga lima peratus daripada penduduk dunia menghidapi psoriasis. Ini juga bermakna terdapat hampir satu juta rakyat Malaysia yang menderita penyakit ini.
Sering dianggap sebagai penyakit yang tidak boleh diubati, psoriasis merupakan penyakit sistem imuniti badan menyerang yang diri sendiri atau dikenali sebagai autoimun yang berulang tetapi tidak berjangkit. Ia terjadi tanpa mengenal jantina. Ia juga boleh terjadi pada semua peringkat umur, walaupun kebiasaannya berlaku buat pertama kalinya pada peringkat umur di antara 15 hingga 25 tahun.
Punca
Punca sebenar psoriasis tidak diketahui, tetapi ia dipercayai mempunyai komponen genetik yang tinggi. Faktor-faktor yang menyebabkan psoriasis menjadi bertambah buruk termasuklah tekanan, pemberhentian pengambilan kortikosteroid, pengambilan alkohol yang berlebihan, merokok, jangkitan, kecederaan kulit dan tindak balas terhadap bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu.
Tahap jangkitan psoriasis bermula dari tompok-tompok kecil di satu bahagian sehinggalah ke keseluruhan permukaan badan. Psoriasis menyebabkan tompok-tompok bersisik dikenali sebagai plak psoriatik. Ia merupakan bahagian-bahagian keradangan dengan pengeluaran kulit yang berlebihan.
Kulit menjadi tebal dan keras di kawasan radang ini dan lapisan keras ini mengakibatkan sel-sel mati berwarna perak. Ia sering didapati di kulit di bahagian siku dan lutut, tetapi juga boleh dijangkiti di mana-mana bahagian badan termasuklah kulit kepala dan kemaluan. Luka radang boleh mengakibatkan kepedihan, kegatalan dan kelihatan hodoh. Malah, psoriasis menyerang fizikal dan emosi pesakit.
"Meskipun pelbagai kajian telah dijalankan mengenai kesan terhadap kualiti kehidupan pesakit, penyelesaian menyeluruh untuk mencegah kesan-kesan buruk penyakit tersebut yang mana ia masih kurang diutamakan dalam agenda kesihatan negara, terutamanya di kalangan negara-negara Asia", ujar Dr. Steven Chow, Setiausaha Agung, Liga Persatuan Dermatologi ASEAN (LADS), pertubuhan serantau yang bermatlamat untuk membangunkan dan meningkatkan tahap kesihatan kulit di rantau Asean.
Gejala
Bergantung kepada tahap dan lokasi masalah psoriasis, individu kemungkinan mengalami ketidakselesaan dan kecacatan fizikal yang kecil atau besar. Kegatalan dan kesakitan boleh mengganggu fungsi asas seperti penjagaan diri, berjalan dan tidur.
Plak di tangan dan kaki boleh menghalang individu dari melakukan pekerjaan tertentu, menyertai aktiviti sukan, menjaga ahli keluarga ataupun rumah.
Plak di kulit kepala boleh menjadi satu perkara yang memalukan kerana kepingan bersisik boleh menjadi masalah kelemumur. Penjagaan perubatan kemungkinan mahal dan memerlukan banyak masa dan mengganggu aktiviti pekerjaan atau sekolah.
Individu yang mengalami psoriasis mungkin merasa malu mengenai diri mereka dan mempunyai rasa rendah diri bimbang dijauhi masyarakat atau kebimbangan mengenai psikoseksual. Masalah psikologi boleh menyebabkan kemurungan dan pengasingan sosial.
Ini disokong oleh kajian yang dilaksanakan oleh Yayasan Psoriasis Kebangsaan Amerika Syarikat, 2008 bersama 426 pesakit psoriasis, di mana 71 peratus daripada mereka menganggap penyakit ini merupakan masalah besar dalam kehidupan seharian mereka.
Pada masa sama, kajian berasingan melaporkan psoriasis juga memberi kesan terhadap kualiti kehidupan berasaskan kesihatan, terutamanya kepada 10 sehingga 30 peratus pesakit, yang juga mungkin mengalami artritis psoriatik.
Ia juga mengakibatkan kesan buruk terhadap penyakit-penyakit kronik lain seperti kemurungan, bengkak jantung (myocardium infarction), hipertensi, kegagalan jantung kongestif atau kencing manis jenis 2. Pesakit yang menghidapi psoriasis yang teruk juga menunjukkan jangka hayat yang lebih pendek.
Kerjasama
"Oleh kerana tiada ubat yang dapat menyembuhkannya, psoriasis akan terus menjadi masalah serius sehinggalah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kerajaan-kerajaan memperakuinya sebagai satu penyakit serius dan menggandingkan sumber-sumber untuk menangani kelemahan dalam program kesedaran awam, diagnosis perubatan dan akses kepada rawatan serta rangkaian sokongan untuk berjuta-juta penduduk di Asia.
"Dengan kajian semasa, pemahaman lebih baik, rawatan dan panduan terkini, peluang untuk pencegahan awal dan mencegah kecacatan daripada artritis psoriatik serta mempertingkatkan penyembuhan keseluruhan para pesakit untuk seumur hidup, kini boleh dilaksanakan," kata Dr. Chow.
Dr. Chow juga menekankan bahawa pemacu kritikal untuk mempertingkatkan amalan dan rawatan kesedaran di seluruh Asia akan dilaksanakan dalam bentuk Pendaftaran Psoriasis serantau, bakal meningkat dan menyelaraskan penyelidikan, diagnosis dan rawatan.
"Ilmu adalah kuasa. Bayangkan kita mempunyai pangkalan data yang membolehkan kita mengkaji dan mengenalpasti strategi perantaraan Psoriasis terbaik untuk penduduk-penduduk Asia.
"Data tersebut akan mengambil kira pelbagai budaya, gaya hidup dan amalan pemakanan pilihan. Ini akan membantu kami memahami dengan lebih baik dan membangunkan program untuk disasarkan kepada keperluan dan kepentingan pesakit Asia," katanya.
Sebagai contohnya, Dr. Chow menyatakan tiada bukti sains bahawa modulasi pemakanan boleh menyembuhkan penyakit tersebut walaupun secara amnya penduduk Asia percaya bahawa makanan-makanan tertentu perlu dihindari.
Menurutnya lagi, terdapat kecenderungan pesakit di Asia yang mencari perubatan herba asli atau tradisional tempatan, yang berkemungkinan tidak berkesan malah menghalang proses penyembuhan. Kebanyakannya telah dibuktikan mempunyai kandungan steroid dan lain-lain bahan toksik yang berbahaya.
Perkongsian
"Perkongsian data dan maklumat menerusi pendaftaran serantau bukan sahaja menjadi langkah ke arah menyatukan pembangunan dan rawatan berkesan psoriasis di seluruh rantau ini malah ia juga akan membentuk asas untuk penyelidikan dan program pada masa hadapan bagi menangani psoriasis untuk para pesakit Asia."
Bagi menyelaraskan maklumat dan merangka pembangunan pendaftaran, Jawatankuasa LADS, yang diwakili oleh ketua-ketua masyarakat dermatologi kebangsaan ASEAN di samping lebih daripada 300 ahli dermatologi terkemuka di seluruh negara "Asean + 5" akan berkumpul di mesyuarat Satelit 2009 di Hanoi, Vietnam bermula dari 5 hingga 7 November, 2009.
"Pada pertemuan ini, para delegasi akan dapat berkongsi pengalaman mengenai rawatan terkini menggunakan bahan biologi dan mengkaji semula usaha dalam menambah baik modaliti rawatan terdahulu.
"Objektif utamanya adalah untuk membolehkan para doktor menggunakan rawatan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit individu menggunakan kombinasi inovatif perubatan sedia ada dan yang terkini," tambah Dr. Chow.
Mesyurat Satelit ini juga akan menyaksikan pelancaran Akademi Dermatologi dan Venereologi Asia ditubuhkan khas untuk pembangunan dermatologi Asia bagi alaf ini.
"Yang penting, usaha-usaha kami ini bermatlamat untuk menyediakan penjagaan yang lebih baik buat para pesakit. Kami berharap sokongan kami akan memberi kesan yang baik di mana psoriasis akan diiiktiraf sebagai penyakit kronik penting dan sumber-sumber dan keutamaan diberikan terhadap rawatan oleh pihak-pihak kerajaan di rantau Asia."
Mitos
Seperti penyakit kulit yang lain, psoriasis jelas kelihatan oleh mata kasar. Bagi kebanyakan orang, reaksi semulajadi kita adalah kehairanan apakah puncanya, sama ada psoriasis ini berjangkit (sebenarnya ia tidak) atau sama ada mereka yang dijangkiti tidak menjaga kebersihan, mengalami masalah kemurungan dan kadang kala mereka yang dijangkiti dianggap sebagai balasan di atas kejahatan mereka.
Berikut merupakan mitos umum mengenai psioriasis:
Mitos 1: "Psoriasis berjangkit."
Fakta: Psoriasis, terutamanya dalam bentuk sederhana atau teruk, mudah kelihatan di permukaan kulit. Disebabkan pertumbuhan abnormal sel kulit, tompok-tompok merah bersisik di kulit akan kelihatan.
Walau bagaimanapun, psoriasis tidak berjangkit. Anda tidak boleh dijangkiti penyakit ini daripada orang lain dan anda juga tidak boleh memindahkannya kepada orang lain hanya dengan menyentuh mereka atau dekat dengan mereka.
Mitos 2: "Psoriasis hanyalah penyakit kulit. Satu masalah kosmetik."
Fakta: Psoriasis merupakan penyakit kronik dalam sistem imuniti badan yang menyebabkan pertumbuhan sel kulit yang tidak normal.
Sementara sel kulit biasa matang dalam masa 28 ke 30 hari dan ia gugur daripada permukaan kulit tanpa disedari, sel kulit psoriatik mengambil masa hanya 3 hingga 4 hari untuk matang dan timbul di permukaan kulit, menyebabkan sel-sel berlapis-lapis dan membentuk luka bersisik.
Luka psoriasis mengakibatkan kepedihan dan kegatalan, dan ia boleh pecah dan berdarah. Di antara 30 hingga 50 peratus daripada pesakit psoriasis menghidapi artritis psoriasis yang menyebabkan kesakitan, kekejangan dan pembengkakan pada dan sekitar sendi-sendi.
Keradangan kulit psoriasis boleh mengakibatkan masalah-masalah lain. Terdapat bukti-bukti yang semakin meningkat mengaitkannya dengan masalah kesihatan yang lebih serius seperti penyakit kardiovaskular, kencing manis, penyakit hati, kemurungan dan obesiti.
Mitoh 3: "Psoriasis hanya memberi kesan kepada pesakit secara fizikal sahaja."
Fakta: Selain daripada masalah fizikal akibat penyakit tersebut, terdapat juga kesan psikologi dan emosi dialami pesakit psoriasis. Mereka yang menghidapi psoriasis sering dilaporkan mengalami perasaan tidak berdaya, putus harapan, marah, kekecewaan dan kemurungan berkaitan keadaan kulit mereka dan bagaimana reaksi orang lain terhadap keadaan mereka.
Terdapat pesakit yang menghidapi psoriasis yang teruk mengalami tekanan sehingga ingin membunuh diri. Kebanyakan individu bertindak terhadap keadaan mereka dengan memakai pakaian untuk menyembunyikan penyakit mereka, mengehadkan aktiviti-aktiviti harian seperti berenang atau ke gim jika ia akan mengakibatkan renungan tajam daripada orang ramai ataupun komen negatif.
Pesakit psoriasis sering membandingkan disfungsi dan kecacatan mereka dengan pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis atau penyakit jantung.
Mitos 4: "Psoriasis berpunca akibat tidak menjaga kebersihan."
Fakta: Psoriasis merupakan satu penyakit sistem imuniti badan dan tiada kena mengena dengan tidak menjaga kebersihan. Punca yang boleh menyebabkan psoriasis termasuklah jangkitan, tekanan atau kebimbangan, perubahan hormon, kecederaan kulit, alkohol, obesiti, pemakanan tidak sihat, dan ubat-ubatan tertentu.
Mitos 5: "Psoriasis boleh diubati"
Fakta: Psoriasis merupakan penyakit kronik, dialami seumur hidup. Tiada ubat yang boleh menyembuhkannya pada masa ini, tetapi dengan pilihan rawatan terbaru dan sedia ada yang telah dipertingkatkan, pesakit kini mempunyai pelbagai kaedah untuk membantu mengawal simptom psoriasis.
Sehingga ubat bagi menyembuhkan psoriasis ditemui, kajian farmaseutikal akan terus berusaha untuk mencari lebih banyak lagi rawatan yang lebih berkesan.
Kajian mengenai sistem imun badan telah menghasilkan ubat biologi baru yang menyasarkan punca keadaan tersebut.
Mitos 6: "Psoriasis mudah didiagnosis."
Fakta: Kebanyakan keadaan-keadaan yang memberi kesan kepada kulit kelihatan lebih kurang sama, sebagai contohnya simptom-simptom awal psoriasis, seperti kegatalan dan tompok-tompok merah, kelihatan sama seperti ekzema atau atopik dermatitis.
Ini kadang kala boleh menyebabkan penyakit ini susah didiagnosis. Adalah penting untuk berjumpa doktor yang boleh membuat ujian tertentu bagi membuat diagnosis yang betul.
Mitos 7: "Psoriasis tidak boleh diwarisi."
Fakta: Sementara kebanyakan pesakit tiada keturunan keluarga yang menghidapi psoriasis, terdapat hubungan genetik dengan anggarkan 40 hingga 60 peratus daripada pesakit dengan penyakit ini. Pelbagai kajian menunjukkan kecenderungan genetik, atau kecenderungan diwarisi, bagi pesakit-pesakit ini menghidap psoriasis.
Mempunyai kecenderungan genetik bagaimanapun tidak bermakna seorang individu akan mendapat penyakit tersebut. Faktor yang boleh mencetuskan penyakit ini adalah seperti kecederaan atau infeksi, mungkin bertindak dengan beberapa gen, atau corak keturunan spesifik gen, yang bertindakbalas menyebabkan psoriasis.
Artikel ini merupakan sumbangan Liga Persatuan Dermatologi ASEAN (LADS) sebagai sebahagian daripada program kesedaran sempena Hari Psoriasis Dunia, pada 29 Oktober, 2009 dan sempena Mesyuarat Satelit LADS 2009 di Hanoi Vietnam, bermula 5- 7 November 2009, bertemakan 'Psoriasis and Eczema, A Double Edged Challenge'.
LADS merupakan pertubuhan serantau dan diterajui oleh ketua-ketua kepada masyarakat dermatologi negara dari enam negara Asia untuk membangunkan tahap kesihatan dermatologi di Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.asianderm.org; www.asianderm.org atau www.worldpsoriasisday.com


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm#ixzz2ZnQTsRDu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 3 July 2013

Psoriasis dan rawatan


FAKTOR PSORIASIS

Sistem imun

Dalam sistem imun seseorang yang normal, sel-sel darah putih dalam badan menghasilkan antibodi yang digunakan untuk melawan kuman-kuman seperti bakteria dan virus.
Selain itu, sel-sel darah putih juga menghasilkan bahan-bahan kimia sitokines yang dapat membantu badan kita melawan kuman-kuman tadi serta terlibat dalam proses pemulihan tisu.
Namun demikian, dalam badan seseorang yang menghidap psoriasis, sel-sel darah putihnya menghasilkan antibodi-antibodi serta sitokines yang merosakkan kulit dan sendinya sendiri.
Penyakit sebegini digelar penyakit autoimun dan terdapat banyak lagi penyakit yang dapat diklasifikasikan sebagai penyakit autoimun seperti artritis reumatoid, eritematosus lupus sistemik atau lebih popular dengan singkatannya, SLE.

Antara sitokines yang kerap dijumpai pada kulit serta sendi seseorang yang ada psoriasis termasuklah Interleukin 2, interferon gamma, TNF-alpha dan sebagainya. Kajian telah menunjukkan bahawa sitokines berkenaan terlibat dalam kerosakan tisu.
Ini bermakna, jika ada ubat yang boleh menunjukkan kesan yang berlawanan dengan sitokines tadi, kemungkinan besar kerosakan tisu bukan sahaja dapat diberhentikan, bahkan juga dihindari.

Antara rawatan yang mana kajian telah menunjukkan keberkesanannya adalah agen-agen anti-TNF alpha iaitu agen yang berlawan dengan kesan TNF-alpha seperti etanercept dan infliximab.
Etanercept telah pun diluluskan di sesetengah negara untuk digunakan dalam merawat psoriasis manakala Infliximab pula digunakan dalam kes-kes psoriasis yang melibatkan sendi dan sedang dalam kajian untuk rawatan psoriasis kulit.
Kajian turut dijalankan untuk sitokines-sitokines lain.
Faktor genetik
Para penyelidik mendapati, terdapat sekurang-kurangnya empat gen yang terlibat dalam kejadian psoriasis. Gen-gen ini mengawal atur sistem antigen sel darah putih manusia (Human leucocyte antigen-HLA).
Sistem HLA ini digunakan agar bendasing dalam darah kita dapat dimusnahkan melalui sistem imun tetapi dalam pesakit psoriasis, sistem HLA ini didapati tidak berfungsi secara betul.
Pesakit yang mempunyai psoriasis didapati mempunyai HLA-B27, HLA-Cw6, HLA-DR7 dan sebagainya. Namun demikian, hanya 10 peratus individu yang mempunyai gen-gen ini, yang akan mendapat psoriasis.
Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan penyakit ini bertambah teruk. Antaranya:
2. Cuaca; cuaca yang sejuk atau kering mudah menyebabkan psoriasis tercetus manakala cuaca yang panas dan lembap menyebabkan simptom pesakit menjadi lebih baik.
3. Tekanan/stres, kemarahan yang dipendam, depresi/kemurungan serta kebimbangan/gemuruh juga boleh menyebabkan psoriasis memarak.
4. Jangkitan kuman; Psoriasis boleh menjadi meluap- luap disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria atau virus. Antara kuman-kuman yang boleh menyebabkan flare-up ini adalah seperti kuman bakteria Streptokokus dan human-immunodeficincy virus (HIV).
5. Kecederaan kepada kulit; Kecederaan yang sedikit pun boleh mencetuskan flare-up psoriasis. Pemerhatian ini mungkin dapat menjelaskan kenapa psoriasis selalu melibatkan bahagian siku dan lutut.
6. Ubat-ubat berikut mungkin boleh menyebabkan psoriasis menjadi lebih teruk atau menyebabkan flare-up; Chloroquine – perencat ACE seperti captopril – penghalang beta seperti atenolol – Progesterone – Lithium – Indomethacin.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz2XzzHEw00 


Berdasarkan artikel Dr Zulkarnain A. Hamid di atas, saya mencadangkan Nutriferon Shaklee suplemen yang paling tepat untuk mengatasi psoriasis. Nutriferon adalah interferon semulajadi, satu formulasi ekslusif yang telah dipatenkan yang mampu 1) membunuh T-cells, B-cells dan makrofag, 2) melindungi daripada virus, mkrob, alergi,  inflamasi 3) meringankan stress,4) mengurangkan infeksi memandangkan psoriasis berkaitan dengan keempat2 simptom dan faktor ini.

Anda bolem pm saya untuk dapatkan konsultasi secara percuma dan harga suplemen yang murah.

Friday, 28 June 2013

PSORIASIS

Psoriasis Merupakan sejenis penyakit kulit biasa yang tidak berbahaya yang berkaitan dengan sistem imuniti. Psoriasis menjejaskan kitaran hidup sel kulit normal akibat pertumbuhan sel kulit yang cepat pada permukaan kulit, kulit bersisik dan berkuping, gatal, Kemerah-merahan dan kadangkala menimbulkan rasa sakit berlarutan.
Laporan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Psoriasis menyebut, penyakit kronik berkaitan imuniti ini biasanya muncul pada peringkat umur antara 15 hingga 25 tahun. Namun, ia boleh bermula pada sebarang peringkat umur. 

Mengikut laporan Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), kira-kira tiga peratus rakyat Malaysia menderita akibat psoriasis – penyakit kulit kronik yang dikaitkan dengan berbagai beban fizikal dan emosi. Pesakit psoriasis di seluruh dunia pula dianggarkan mencecah 125 juta orang. 
Daripada jumlah itu, dianggarkan hampir satu per empat daripada mereka menghidap psoriasis peringkat sederhana hingga serius serta perlu diberi perhatian. Penasihat Perubatan Kehormat, Persatuan Psoriasis Malaysia, Dr Steven Chow Kim Weng, berkata secara psikologi, derita akibat psoriasis menyebabkan pesakit kurang yakin dengan imej sendiri, rendah diri, kemurungan, hilang identiti serta berdepan konflik pemencilan sosial.
 
“Walaupun simptom psoriasis hanya ada pada kulit badan, namun ia bukan penyakit di luar badan saja. Sebaliknya, ia berpotensi tinggi menyebabkan penyakit kardiovaskular dan arthritis psoriatik (gejala sakit atau bengkak pada sendi). 

“Kulit kepala, lutut dan siku termasuk kuku dan tulang antara bahagian badan yang berisiko dihidapi dan penumbuhan plak pada tangan dan kaki menyukarkan pesakit melakukan sesetengah pekerjaan, senaman atau aktiviti. 
-sumber berita harian-

 Pengalamanku sebagai pesakit psoriasis 

 Pengalaman saya sebagai pesakit psoriasis yang telah mengalaminya selama 3 tahun, penyakit ini ada masa teruk ada masa terkawal atau hilang terus sementara kemudian datang balik. On and off macam tu. Banyak faktor sebenarnya.. antaranya ia bergantung pada cuaca, genetik, stress dan  pemakanan. Psoriasis saya  berkuping di kepala paling banyak, kaki, siku, betis, perut,kening, belakang telinga. Memang buruk lah. Saya pernah berjumpa pakar kulit, merawatan dengan psocare cream, virgin coconut oil, krim dan ointment steroid dari farmasi, dan syampu yang mengandungi TAR. Pendek kata dah beribu habis untuk rawat psoriasis ni. Memang boleh hilang tapi sentiasa perlu gunakan. Saya x nak bergantung sepenuhnya dengan ubat2 klinik dan krim2 steroid semua tu sbb takut akan kesan sampingan jangka masa panjang. Walau kite sapu sedikit, tetapi setiap hari perlu sapukan, dah pasti akan memudaratkan. 
Sampailah satu hari, saya tergerak hati nak cuba shaklee. Masa tu saya try GLA utk mengawal dan memperbaiki hormon dan mengatasi kegatalan serta keradangan pada kulit, vitamin E untuk memperbaiki struktur kulit, parut dan luka pada kulit, BComplex utk redakan stress. Alhamdulillah kesan positif yang memuaskan hati  ialah kuping dah xder dan saya perasan xder lagi simptom kegatalan dan asyik menggaru. Kalau x, keje nak menggaru dan mengopek kuping je.. Kadang2 berdarah dan berparut sehingga membuatkan psoriasis tu lagi merebak.. Sampai sekarang saya masih gunakan dan syukur sgt..hampir dua bulan guna suplemen shaklee ni, psoriasis makin hilang sikit demi sikit.. setiap hari akan nampak perubahan yang positif pada kulit saya. Saya akan teruskan dan sekarang saya tambah  lagi dengan OMEGA GUARD yg bertujuan mencegah alahan dan mengurangkan gejala penyakit auto imun.. InsyaAllah saya yakin dengan Allah dan Suplemen shaklee dapat menyembuhkan psoriasis saya.  Masa tu baru saya sign up jadi member shaklee... Kalau ada pesakit-pesakit psoriasis yang nak cuba suplemen shaklee boleh contact saya dan saya akan bagi exclusive konsultasi tentang penggunaan suplemen shaklee. Harus saya ingatkan produk shaklee bukan merawat tapi melengkapkan nutrisi, vitamin dan meningkatkan imunisasi secara semulajadi. Dari situ secara tak langsung produk shaklee meningkatkan taraf kesihatan kita dan menguatkan badan untuk melawan segala ancaman penyakit... :) 

Cadangan suplemen untuk psorisis 

~ GLA
~ Vitamin E
~ BComplex
~ Omega Guard.

Pm / sms / wa nurz:i 019-7775895