Showing posts with label rawatan psoriasis. Show all posts
Showing posts with label rawatan psoriasis. Show all posts

Tuesday, 23 July 2013

Shaklee Atasi Penyakit Psoriasis


Hari ni saya akan update sedikit tentang testimoni-testimoni pesakit psoriasis yang telah menggunakan suplemen Shaklee. Sebelum tu, saya nak betulkan terlebih dahulu persepsi ramai dikalangan pesakit psoriasis yang mengatakan Shaklee adalah 'ubat' psoriasis.

Shaklee bukanlah 'ubat' yang sering disalahtafsirkan. Shaklee adalah makanan tambahan semulajadi yang mencukupkan nutrisi keperluan badan bagi menjamin kesihatan berpanjangan dan mempunyai kekuatan antibodi serta sistem imunisai melawan sebarang penyakit secara semulajadi.

Suplemen Shaklee lebih istimewa dan bernilai adalah kerana kualiti bahan botani yang menjadi sumber adalah dimiliki oleh shaklee sendiri (bukan sumber dari pengeluar lain). Contohnya seperti ladang soya, tumbuhan alfalfa dan lain-lain sumber alam. Ini menjadikan suplemen shaklee bukan sebarangan sumber dan diuji kualitinya melebihi 80,000 ujian setiap tahun selain keaslian yang dijamin dengan 350 ujian pencemaran untuk setiap bahan botani.

Bagaimana Shaklee berkesan membantu pesakit psoriasis?

1) GLA Complex mengandungi minyak borage dari biji bunga matahari, vitamin e dan blackcurrant menjadikan kandungan GLA yang tinggi dalam tiap kapsul dan kaya dengan omega 6 yang yang membantu pembinaan prostaglandin yang menghasilkan hormon yang stabil. SHAKLEE GLA ini memang secara saintifiknya telah terbukti dapat membantu memperbaiki masalah eczema, psoriasis dan chronic inflammation.  Link ini click di sini menyatakan Dr Weil menyokong GLA membantu penyakit psoriasis. GLA turut membantu melegakan keradangan dan kegatalan pada kulit yang merupakan simptom-simptom biasa pesakit psoriasis.

2) Vitamin E shaklee yg menagndungi selenium dan minyak biji anggur adalah satu vitamin yang sgt bernilai dan istimewa. kenapa??? Vitamin e shaklee antioksidan yang kuat bagi mencegah dan melawan radikal bebas yg merosakkan sel. 

Selenium yg terkandung dalam vitamin e
 membantu badan dengan:
-Membuat protein khas, yang dipanggil enzim antioksidan, yang memainkan peranan dalam mencegah kerosakan sel. 
-Beberapa kajian perubatan menunjukkan bahawa selenium boleh membantu:
-Mencegah kanser tertentu
-Mencegah penyakit kardiovaskular
-Membantu melindungi tubuh daripada kesan-kesan beracun logam berat dan bahan-bahan berbahaya yang lain

3) Bcomplex Shaklee terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan. memandangkan salah satu sebab psoriasis menjadi merebak adalah disebabkan oleh stress, maka bcomplex adalah salah satu kombinasi yang baik untuk mengawal psoriasis.

4) Nutriferon Shaklee interferon semulajadi terbaik. Ketahui bagaimana nutriferon membantu psoriasis, anda boleh baca di entry sebelum ini. click di sini 

5) Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan omega 3 yang 99.99% tulen. Omega 3 meningkatkan imunisasi badan dan merupakan terapi kepada penyakit autoimun termasuklah SLE, psoriasis dan lain-lain penyakit autoimun. Dr Weil jugak turut menyokong Omega 3 dalam membantu mengawal psoriasis. 

6) Vivix Shaklee adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Vivix membantu pesakit psoriasis dengan cara merawat DNA yang telah rosak akibat radikal bebas dan membetulkan gen-gen yang rosak. Ini berdasarkan kepada salah satu punca psoriasis iaitu genetik.

Antara testimoni pesakit psoriasis yang mengamalkan suplemen shaklee: 




Bahagian kaki yang telah sembuh dr kuping dan kegatalan. parut beransur hilang







Bagi anda yang mengalami penyakit ini boleh pm saya untuk dptkan konsultasi dan tips mengawal penyakit ini. 
Azwani
Pm/ sms/ whatsapp 0197775895




Saturday, 20 July 2013

PSORIASIS : Tips Mengawal dan Mengurangkannya

Bagi pesakit psoriasis, penderitaan dan kesengsaraannya hanya kami yang mengalami tahu bagaimana sakitnya. Walau psoriasis tidak berjangkit dan tidak berbahaya, namun keadaan kulit yang berkuping-kuping, kegatalan yang tidak dapat ditahan dengan rupa kulit yang hodoh memang memberi kesan kepada pesakit secara fizikal, mental dan sosial.

Bagi pesakit psoriasis, yang mengalamai simptom-simptom kegatalan, berkuping dan bersisik sudah tentu akan berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Perkara ini sebenarnya menambah kesan buruk kerana ia membuatkan pesakit psoriasis tertekan dan stress yang mana stress juga merupakan salah satu punca psoriasis menjadi lebih teruk.

Selain merawat psoriasis dengan cara yang pernah saya ceritakan click di sini, ada beberapa tips yang saya amalkan.

1) Berusaha mengawal stress, elakkan daripada bersedih dan murung. Cuba cari aktiviti-aktiviti yang membuat anda gembira

2) Elakkan dalam keadaan atau cuaca yang panas terik

3) Mandi menggunakan sabun yang tidak menyebabkan kekeringan pada kulit. Kulit pesakit psoriasis harus sentiasa lembap. Saya menggunakan sabun Shokubutsu. Elak menggunakan sabun Detol.

4) Kawal pemakanan, biasakan makan makanan yang dimasak sendiri kerana kebersihan makanan di luar kite tak tahu macam mana kan. Elakkan makan makanan yang menyebabkan kegatalan seperti ayam, daging, seafood, kecuali anda yang masak dengan membuang bahagian kulit-kulit dan lemak-lemak ayam dan daging.Elakkan belacan yang menyebabkan kegatalan.

5) Boleh amalkan lotion-lotion biasa yang terdapat di pasaran untuk melembapkan kulit seperti lotion johnson & jonhson, Bio oil, minyak zaitun tulen.

Saya harap anda dapat amalkan apa yang saya kongsikan di sini. Memang bukan mudah untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pesakit psoriasi. Sabar dan selalulah berdoa agar disembuhkan dan mohon Allah yang Maha Penyembuh untuk menyembuhkan penyakit ini.

Bagi anda yang nak dapatkan konsultasi secara percuma atau berkongsi tentang pengalaman dan cerita psoriasis anda, tinggalkan komen anda di bawah atau whatsapp saya di 019-7775895


Wednesday, 3 July 2013

Psoriasis dan rawatan


FAKTOR PSORIASIS

Sistem imun

Dalam sistem imun seseorang yang normal, sel-sel darah putih dalam badan menghasilkan antibodi yang digunakan untuk melawan kuman-kuman seperti bakteria dan virus.
Selain itu, sel-sel darah putih juga menghasilkan bahan-bahan kimia sitokines yang dapat membantu badan kita melawan kuman-kuman tadi serta terlibat dalam proses pemulihan tisu.
Namun demikian, dalam badan seseorang yang menghidap psoriasis, sel-sel darah putihnya menghasilkan antibodi-antibodi serta sitokines yang merosakkan kulit dan sendinya sendiri.
Penyakit sebegini digelar penyakit autoimun dan terdapat banyak lagi penyakit yang dapat diklasifikasikan sebagai penyakit autoimun seperti artritis reumatoid, eritematosus lupus sistemik atau lebih popular dengan singkatannya, SLE.

Antara sitokines yang kerap dijumpai pada kulit serta sendi seseorang yang ada psoriasis termasuklah Interleukin 2, interferon gamma, TNF-alpha dan sebagainya. Kajian telah menunjukkan bahawa sitokines berkenaan terlibat dalam kerosakan tisu.
Ini bermakna, jika ada ubat yang boleh menunjukkan kesan yang berlawanan dengan sitokines tadi, kemungkinan besar kerosakan tisu bukan sahaja dapat diberhentikan, bahkan juga dihindari.

Antara rawatan yang mana kajian telah menunjukkan keberkesanannya adalah agen-agen anti-TNF alpha iaitu agen yang berlawan dengan kesan TNF-alpha seperti etanercept dan infliximab.
Etanercept telah pun diluluskan di sesetengah negara untuk digunakan dalam merawat psoriasis manakala Infliximab pula digunakan dalam kes-kes psoriasis yang melibatkan sendi dan sedang dalam kajian untuk rawatan psoriasis kulit.
Kajian turut dijalankan untuk sitokines-sitokines lain.
Faktor genetik
Para penyelidik mendapati, terdapat sekurang-kurangnya empat gen yang terlibat dalam kejadian psoriasis. Gen-gen ini mengawal atur sistem antigen sel darah putih manusia (Human leucocyte antigen-HLA).
Sistem HLA ini digunakan agar bendasing dalam darah kita dapat dimusnahkan melalui sistem imun tetapi dalam pesakit psoriasis, sistem HLA ini didapati tidak berfungsi secara betul.
Pesakit yang mempunyai psoriasis didapati mempunyai HLA-B27, HLA-Cw6, HLA-DR7 dan sebagainya. Namun demikian, hanya 10 peratus individu yang mempunyai gen-gen ini, yang akan mendapat psoriasis.
Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan penyakit ini bertambah teruk. Antaranya:
2. Cuaca; cuaca yang sejuk atau kering mudah menyebabkan psoriasis tercetus manakala cuaca yang panas dan lembap menyebabkan simptom pesakit menjadi lebih baik.
3. Tekanan/stres, kemarahan yang dipendam, depresi/kemurungan serta kebimbangan/gemuruh juga boleh menyebabkan psoriasis memarak.
4. Jangkitan kuman; Psoriasis boleh menjadi meluap- luap disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria atau virus. Antara kuman-kuman yang boleh menyebabkan flare-up ini adalah seperti kuman bakteria Streptokokus dan human-immunodeficincy virus (HIV).
5. Kecederaan kepada kulit; Kecederaan yang sedikit pun boleh mencetuskan flare-up psoriasis. Pemerhatian ini mungkin dapat menjelaskan kenapa psoriasis selalu melibatkan bahagian siku dan lutut.
6. Ubat-ubat berikut mungkin boleh menyebabkan psoriasis menjadi lebih teruk atau menyebabkan flare-up; Chloroquine – perencat ACE seperti captopril – penghalang beta seperti atenolol – Progesterone – Lithium – Indomethacin.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz2XzzHEw00 


Berdasarkan artikel Dr Zulkarnain A. Hamid di atas, saya mencadangkan Nutriferon Shaklee suplemen yang paling tepat untuk mengatasi psoriasis. Nutriferon adalah interferon semulajadi, satu formulasi ekslusif yang telah dipatenkan yang mampu 1) membunuh T-cells, B-cells dan makrofag, 2) melindungi daripada virus, mkrob, alergi,  inflamasi 3) meringankan stress,4) mengurangkan infeksi memandangkan psoriasis berkaitan dengan keempat2 simptom dan faktor ini.

Anda bolem pm saya untuk dapatkan konsultasi secara percuma dan harga suplemen yang murah.

Friday, 28 June 2013

PSORIASIS

Psoriasis Merupakan sejenis penyakit kulit biasa yang tidak berbahaya yang berkaitan dengan sistem imuniti. Psoriasis menjejaskan kitaran hidup sel kulit normal akibat pertumbuhan sel kulit yang cepat pada permukaan kulit, kulit bersisik dan berkuping, gatal, Kemerah-merahan dan kadangkala menimbulkan rasa sakit berlarutan.
Laporan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Psoriasis menyebut, penyakit kronik berkaitan imuniti ini biasanya muncul pada peringkat umur antara 15 hingga 25 tahun. Namun, ia boleh bermula pada sebarang peringkat umur. 

Mengikut laporan Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), kira-kira tiga peratus rakyat Malaysia menderita akibat psoriasis – penyakit kulit kronik yang dikaitkan dengan berbagai beban fizikal dan emosi. Pesakit psoriasis di seluruh dunia pula dianggarkan mencecah 125 juta orang. 
Daripada jumlah itu, dianggarkan hampir satu per empat daripada mereka menghidap psoriasis peringkat sederhana hingga serius serta perlu diberi perhatian. Penasihat Perubatan Kehormat, Persatuan Psoriasis Malaysia, Dr Steven Chow Kim Weng, berkata secara psikologi, derita akibat psoriasis menyebabkan pesakit kurang yakin dengan imej sendiri, rendah diri, kemurungan, hilang identiti serta berdepan konflik pemencilan sosial.
 
“Walaupun simptom psoriasis hanya ada pada kulit badan, namun ia bukan penyakit di luar badan saja. Sebaliknya, ia berpotensi tinggi menyebabkan penyakit kardiovaskular dan arthritis psoriatik (gejala sakit atau bengkak pada sendi). 

“Kulit kepala, lutut dan siku termasuk kuku dan tulang antara bahagian badan yang berisiko dihidapi dan penumbuhan plak pada tangan dan kaki menyukarkan pesakit melakukan sesetengah pekerjaan, senaman atau aktiviti. 
-sumber berita harian-

 Pengalamanku sebagai pesakit psoriasis 

 Pengalaman saya sebagai pesakit psoriasis yang telah mengalaminya selama 3 tahun, penyakit ini ada masa teruk ada masa terkawal atau hilang terus sementara kemudian datang balik. On and off macam tu. Banyak faktor sebenarnya.. antaranya ia bergantung pada cuaca, genetik, stress dan  pemakanan. Psoriasis saya  berkuping di kepala paling banyak, kaki, siku, betis, perut,kening, belakang telinga. Memang buruk lah. Saya pernah berjumpa pakar kulit, merawatan dengan psocare cream, virgin coconut oil, krim dan ointment steroid dari farmasi, dan syampu yang mengandungi TAR. Pendek kata dah beribu habis untuk rawat psoriasis ni. Memang boleh hilang tapi sentiasa perlu gunakan. Saya x nak bergantung sepenuhnya dengan ubat2 klinik dan krim2 steroid semua tu sbb takut akan kesan sampingan jangka masa panjang. Walau kite sapu sedikit, tetapi setiap hari perlu sapukan, dah pasti akan memudaratkan. 
Sampailah satu hari, saya tergerak hati nak cuba shaklee. Masa tu saya try GLA utk mengawal dan memperbaiki hormon dan mengatasi kegatalan serta keradangan pada kulit, vitamin E untuk memperbaiki struktur kulit, parut dan luka pada kulit, BComplex utk redakan stress. Alhamdulillah kesan positif yang memuaskan hati  ialah kuping dah xder dan saya perasan xder lagi simptom kegatalan dan asyik menggaru. Kalau x, keje nak menggaru dan mengopek kuping je.. Kadang2 berdarah dan berparut sehingga membuatkan psoriasis tu lagi merebak.. Sampai sekarang saya masih gunakan dan syukur sgt..hampir dua bulan guna suplemen shaklee ni, psoriasis makin hilang sikit demi sikit.. setiap hari akan nampak perubahan yang positif pada kulit saya. Saya akan teruskan dan sekarang saya tambah  lagi dengan OMEGA GUARD yg bertujuan mencegah alahan dan mengurangkan gejala penyakit auto imun.. InsyaAllah saya yakin dengan Allah dan Suplemen shaklee dapat menyembuhkan psoriasis saya.  Masa tu baru saya sign up jadi member shaklee... Kalau ada pesakit-pesakit psoriasis yang nak cuba suplemen shaklee boleh contact saya dan saya akan bagi exclusive konsultasi tentang penggunaan suplemen shaklee. Harus saya ingatkan produk shaklee bukan merawat tapi melengkapkan nutrisi, vitamin dan meningkatkan imunisasi secara semulajadi. Dari situ secara tak langsung produk shaklee meningkatkan taraf kesihatan kita dan menguatkan badan untuk melawan segala ancaman penyakit... :) 

Cadangan suplemen untuk psorisis 

~ GLA
~ Vitamin E
~ BComplex
~ Omega Guard.

Pm / sms / wa nurz:i 019-7775895