Friday 10 January 2014

Penjagaan Rambut Shaklee Prosante


Revitalizing Shampoo : Membersih dengan bersinar dan beralun 
  • Diformulasi dengan humectants dan protein berasaskan sayuran untuk kutikel rambut yg licin.
  • Mengimbangi kulit kepala, mengurangkan kekusutan rambut, mengekalkan imbangan kelembapan
  • Membersih : Menanggalkan minyak berlebihan dan kotoran 
  • Menguat : Mengekalkan kelembapan penting, kutikel rambut sentiasa licin dan tahan dari rosak walau dalam keadaan basah
  • Lantunan : Anti-statik dan tidak mengering dan mempunyai daya tahan semulajadi
  • Menyegarkan : bertindak seperti Scalp Health Complex untuk menenangkan dan melembapkan, membuat kulit kepala rasa selesa dan bertenaga
Purifying Shampoo : Membersih secara mendalam dan mengekalkan kelembapan asli
  • Membersih dengan mendalam dan menghapuskan kekotoran di samping memelihara dari keguguran rambut
  • Membebaskan rambut dari sebum yg terkumpul, pencemaran persekitaran, dan bahan kimia dari produk rambut
  • Bebas dari kulit kepala yang mengelupas, bertindak seperti Scalp Health Complex untuk mengurangkan minyak, kelemumur dan menyokong imbangan mikroflora kulit kepala.
  • Menyeimbangkan pH untuk melindungi kutikel rambut 
Lighrweight Conditioner : Memulihkan tekstur dan menguatkan rambut, mengekalkan imbangan pH dan hidrasi kulit kepala
  • Ramuan bersumber tumbuhan membantu memberi volum dan penstrukturan semula permukaan bilah rambut supaya ia kelihatan cantik
  • Ringan : menyubur dan melindungi rambut tanpa memberatkannya, supaya boleh diguna setiap hari.
  • Bebas kusut : Pelembap ringan melicin dan mengasingkan rambut agar terurai lembut
  • Mudah diurus : Agen conditioner semulajadi melembutkan rambut dan menghapuskan statik untuk penggayaan
  • Volum : meningkatkan kekuatan rambut. menebalkan rambut halus dan lebih lantunan


Replenishing Conditioner : formula intensif kondisioner untuk semua jenis rambut. Baik untuk rambut kering, rapuh,  dan bertekstur 
  • Humectant asli mengikat dan mengekalkan kelembapan untuk memulihkan kilauan dan fleksbiliti. Gunakan sekali atau dua kali seminggu.
  • Berkilat ; Pelincir semulajadi dan ekstrak herba menambah kelembapan dan melicinkan permukaan rambut untuk lebih kilat. Rambut lebih lembut
  • Memulihara : Scalp Health Complex membantu menormalkan dan melembapkan kulit kepala.
  • Humictant dan protein membantu membina bilahan rambut 
  • Berdaya tahan : Ramuan membantu menguatkan rambut secara semulajadi
Nourishing Scalp Treatment
  • Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
  • ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.
Ingin Tahu apakah shampu yang sesuai untuk rambut dan kulit kepala anda?? Info lanjut hubungi saya :
✍ FB : https://www.facebook.com/nurul.azwani.7
✐ FanPage : https://www.facebook.com/pages/Zon-vitamin/279582535517311
✉ Email: nurulazwani84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7775895
➲ COD Area: Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah.
➲ Penghantaran seluruh Malaysia melalui Poslaju 
 =========================
Nurul Azwani
Shaklee Independent Distributor 
ID : 964034
 =========================

Sunday 5 January 2014

Detox Usus Dengan Shaklee

Sabda Rasulullah s. a. w, kesayangan kita maksudnya: 

“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami) 

Apabila usus atau kolon anda kotor atau tersumbat, mungkin andamenghadapimasalah penghadaman.

Apakah punca masalah penghadaman??

1. Kurang makanan serat : Badan kita memerlukan makanan yang tinggi serat untuk mengeluarkan sisa najis melalui usus. Kekurangan serat akan menyebabkan sembelit

2. Kurang Makanan Mentah : Makanan yg di masak melebih 116 darjah akan menyebabkan enzim yg membantu penghadaman termusnah

3. Tabiat makan : Mengunyah dengan laju sebelum telan menyebabkan perut banyak angin, senak dan kembung setersnya sembelit.

4. Mencampur buah dengan makanan lain : Buah2 yg dimakan dgn makanan lain akan mengambil masa yg lama utk hadam keran buah2 akan terperam dlm sistem penghadaman dan menyebabkan gastrik.

5. Diet yg tidak sihat dengan nutrisi yg tidak seimbang dan jadual pemakanan yang tidak tentu jga mengakibatkan masalah penghadaman.

6. Stres: Apabila stres, sbg langkah survival, badan akan mengalihkan tenaga, darah, enzim, dan oksigen drpd organ penghadaman ke tempat lain dalam badan.




Tanda2 usus/kolon tidak sihat:
- Sembelit
- Kerap kentut
- Sakit kepala
- lesu dan letih
- tiada mood/swing
- buncit
- gastrik
- cirit birit
- kanser kolon
- wajah kusam
- pedih ulu hati
- nafas berbau
- warna najis yang hitam dan berat

Antara cara untuk membantu penghadaman adalah detox dengan suplemen Shaklee
1. Alfalfa
2. Herblax

kedua-dua suplemen ini mebantu untuk detox usus besar dengan cara melembutkan najis dan mengeluarkan najis secara lembut.
Mengeluarkan angin (kentut) yg terperangkap dalam perut.
✍ FB : https://www.facebook.com/nurul.azwani.7
✐ FanPage : https://www.facebook.com/pages/Zon-vitamin/279582535517311
✉ Email: nurulazwani84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7775895
➲ COD Area: Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah.
➲ Penghantaran seluruh Malaysia melalui Poslaju 
 =========================
Nurul Azwani
Shaklee Independent Distributor 
ID : 964034

Saturday 4 January 2014

Kebaikan dan Manfaat Alfalfa



Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago Sativa termasuk dalam tumbuhan kekacang. Tumbuhan Alfalfa memiliki sistem akar sangat dalam hingga mencapai sekitar 4-5 meter. Tumbuhan alfalfa kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium, fosfor,kalium dan besi. Alfalfa turut mengandungi vitamin B, C, E dan K

Apakah manfaat alfalfa?

1. Mempunyai fungsi mengawal kolesterol dalam darah dengan menghilangkan kolesterol jahat dari tubuh.

2. Mencegah pembentukan plak dalam dinding arteri yg menyebabkan penyakit jantung dan stroke

3. Menurunkan kadar gula

4. Sifat alfalfa yang diuretik sangat berkesan dalam menghilangkan retensi air dalam tubuh

5. mengurangkan gejala menopause kerana sebahagian zat dalm alfalfa bertindak seperti estrogen

6. Pada zaman dahulu, tumbuhan ini sering dijadikan ubat masalah pencernaan dan detoksifikasi.

7. Berkesan dalam mengurangkan sakit sendi dan otot

8. Melawan alahan resdung

9. Bertindak seperti kacip fatimah utk isteri

10. Meneutralkan asid dalam badan kerana alfalfa bersifat alkali

Alfalfa shaklee botol S mengandngi 330 biji. Botol L mengandngi 700 biji. Sangat berbaloi dengan harga promo ni.

nak dapatkan alfalfa sempena promo januari 2014
✍ FB : https://www.facebook.com/nurul.azwani.7
✐ FanPage : https://www.facebook.com/pages/Zon-vitamin/279582535517311
✉ Email: nurulazwani84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7775895
➲ COD Area: Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah.
➲ Penghantaran seluruh Malaysia melalui Poslaju 
 =========================
Nurul Azwani
Shaklee Independent Distributor 
ID : 964034

Sunday 15 December 2013

Bagaimana minyak Ikan Omega 3 Membantu Menurunkan Berat Badan?


Adakah anda ingin mengurangkan berat badan? Jika ya , ambillah sesuatu yang mudah seperti makanan tambahan minyak ikan yang membantu anda kehilangan beberapa kilo setiap bulan. Tidak seperti kebanyakan suplemen penurun berat badan lain  yang sering membuatkan anda rasa gelisah akibat kafein dan bahan perangsang lain.

Secara keseluruhan anda akan mendapat banyak manfaat daripada minyak ikan. Selain membantu anda menurunkan berat badan, mengambil minyak ikan setiap hari boleh membantu otak , jantung, dan sendi kekal sihat. Tiada suplemen penurun berat badan lain di pasaran sehebat minyak ikan kerana manfaatnya pada nilai kesihatan anda adalah bersifat menyeluruh.

Dalam artikel ini saya menyenaraikan dan menerangkan 4 cara bagaimana makanan tambahan minyak ikan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Selepas membacanya anda akan lihat bagaimana produk ini mampu dijadikan sebagai satu program penurunan berat badan  dan kesihatan secara keseluruhan..

1) Minyak Ikan Mengurangkan Lemak dan Membina otot . 
Hanya  beberapa kapsul minyak ikan setiap hari boleh membantu anda kehilangan lemak dan membina otot.  Dalam satu kajian ada menyatakan seseorang yang mengambil kira-kira 2 gram Omega 3 asid lemak ( EPA dan DHA) setiap hari selama 6 minggu. keputusannya mereka hilang lebih daripada 2 lbs. Lemak badan . juga didapati  kurang 1 paun dan bertukar kepada otot.

2) Minyak Ikan mengurangkan Selera .
 Jika anda mahu kekal kenyang lebih lama antara waktu makan, ambil beberapa kapsul minyak ikan selepas anda makan boleh membantu anda merasa kenyang. Dalam satu kajian, wanita yang mengamalkan minyak ikan berasa kenyang lebih lama dan membantu mengurangkan pengambilan makanan. Lama kelamaan , ini akan membantu anda menurunkan berat badan tanpa rasa lapar .Sebab kemungkinan yang membantu anda kekal kenyang ialah ia dapat mengawal pembebasan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Serotonin membantu mengawal selera makan dan mood anda. Kesan ini juga dapat memberi manfaat sebagai antidepresi dan mengurangkan pengambilan gula.


Mengikut kajian oleh American Journey of Physiology, Endocrinology & Metabolism, pengambilan omega-3 yang konsisten menurunkan paras lemak dan tindakbalas badan terhadap leptin. Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel lemak, berinteraksi dengan bahagian otak yang mengawal rasa lapar dan kenyang.

Leptin yang bermutasi menyebabkan seseorang itu sering berasa lapar. Keadaan ini menjadi penyebab kepada obesiti.
Leptin tidak dapat berfungsi dengan baik apabila seseorang mengalami obesiti, lalu menjadikan tubuh kita tidak menerima isyarat dari leptin dengan baik. Malangnya ia menjadikan seseorang itu lebih rasa nak makan apabila keadaan ini berlaku.


3. Minyak Ikan Menjadikan Program Diet dan Latihan Penurunan Berat Badan Anda Lebih Berkesan . 
Mengambil makanan tambahan minyak ikan boleh membuatkan program diet dan senaman anda lebih berkesan. Dalam satu kajian , subjek mengambil minyak ikan kehilangan berat badan lebih daripada mereka yang mengambil suplemen plasebo. Kedua-dua kumpulan mengikuti program mengurangkan kuantiti makanan dan bersenam di luar beberapa kali seminggu.

4. Minyak Ikan Membantu mengurangkan Penyimpanan Lemak.
Satu kajian menunjukkan bahawa makanan tambahan minyak ikan boleh mengurangkan risiko penyimpanan lemak. Ini kerana minyak ikan meningkatkan  sensitiviti insulin.  Sel-sel badan yang berfungsi dengan baik serta sensitif terhadap insulin adalah kunci untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat . Ini kerana, lebih sensitiviti sel-sel terhadap insulin, lebih sedikit kebarangkalian untuk makanan di simpan sebagai lemak di dalam badan anda.

Anda berminat untuk mencuba makanan tambahan minyak ikan?? boleh dapatkan dari saya dengan konsultasi berterusan.

✍ FB : https://www.facebook.com/nurul.azwani.7
✐ FanPage : https://www.facebook.com/pages/Zon-vitamin/279582535517311
✉ Email: nurulazwani84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7775895
➲ COD Area: Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah.
➲ Penghantaran seluruh Malaysia melalui Poslaju 
 =========================
Nurul Azwani
Shaklee Independent Distributor 
ID : 964034

Credit how fish oil can helped to lose weight?


Saturday 16 November 2013

Vivix Penawar Penyakit

SEGALANYA TENTANG VIVIX

Bulan November bulan promo Vivix. harga menjunam woo.. rugi kalau x grab. Sebab Vivix tonik hebat ibarat penawar segala penyakit. Apa yang terkandung dalam Vivix??

1) Anggur Muscadine
Anggur yg mempunyai lebih satu kromosom  utk manfaat kesihatan. terkandung didalamnya ciri2 menghentikan kimia penyebab kanser, anti bakteria dan anti virus.

Anggur muscadine dan bijinya adalah sumber terbaik antioksidan dan bertindak sebagai anti radang. Ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yg terdapat dalam arak merah yg terbukti berkesan bagi kesihatan kardivaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan. Manfaat lain boleh click manfaat lain.

2) Elderberry


  • Elderberry juga dikenali sebagai jamu popular dan telah lama digunakan dalam pengubatan tradisional dan penyembuhan flu di Padama pada tahun 1995.
  • Mengandungi Vitamin C yang tinggi sangat membantu dalam merawat infeksi dan bakteria selain mencegah dan melawan kanser kerana jus Elderberry kaya antioksidan.
  • Meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu mengubati penyakit AIDS dan kanser
  • Jus Elderberry juga dipercayai dapat menurunkan kadar kolesterol dan mengurangkan kolesterol jahat sekaligus mencegah penyakit jantung.
  • kesan bahay akibat pencemaran, stress, dan makanan yang tidak sihat dapat dicegah dengan pengambilan jus Elderberry setiap hari selain mempunyai ciri pencegahan  dan penyembuhan dr diabetes dan sesak nafas serta memelihara kesihatan jantung dan ginjal.
3) Purple Carrot
  • Sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phtokimial termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes.
  • ia juga mengandungi anthoycyanins,antioksidan yg mustajab. Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala,biru dan ungu pada buah dan sayur.
  • Asid klorogenik adalah antioksidan paling byk dlm semua karot dan ia bertanggungjawab mengurangkan diabetes. 
4) Polygonum Cuspidatum
  • Tumbuhan perenial yg berasal dr asia, byk ditemui di amerika utara dan eropah. Tumbuhan ini adalah sumber komersial resveratrol. Polygonum Cuspidatum banyak manfaat kesihatan dan digunakan utk merumuskan supplemen anti penuaan. Maka, kajian dapat membuktikan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.
Cara makan
1 sudu teh satu hari sebelum tidur.

TESTIMONI VIVIX 







nak dapatkan vivix?? boleh ctc saya
✍ FB : https://www.facebook.com/nurul.azwani.7
✐ FanPage : https://www.facebook.com/pages/Zon-vitamin/279582535517311
✉ Email: nurulazwani84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7775895
➲ COD Area: Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah.
➲ Penghantaran seluruh Malaysia melalui Poslaju 
 =========================
Nurul Azwani
Shaklee Independent Distributor 
ID : 964034

Saturday 9 November 2013

Jatuh Cinta dengan Shaklee

salam semua.. hampir sebulan saya x update blog.. ish..ish.. banyaknye sarang labah2.. huhuhu.. hari ni bersihkan sikit sarang2 labah2 tu..ekekek
okay tajuk antry hari ni 'Jatuh Cinta Dengan Shaklee'.. dah macam tajuk lagu pulak.. bagaimana saya boleh jatuh cinta dengan sahklee?? sebelum ni x ader sorang pun kawan fb yang sharing pasal shaklee di fb.. tiba satu hari saya nak cari blog orang yang menceritakan pasal kabinet dapur di kulim.. keluarlah blog norhanita yusuf. saya pun baca blog dia dan mintak contact number orang yang pasang kabinet rumah dia. try click kt fb dia rupanyer dia jual shaklee.. tapi masa tu x pandang pun shaklee tu.. bukan nak cari suplemen pun masa tu.. tapi add je lah buat meriah kan kawan fb kan.. dari stu lah baru ada nampak sahring produk shaklee kt fb saya. dari hari ke hari makin bertambah sorang ke dua orang rakan fb yang jual shaklee. satu hari saya jatuh terduduk dan terbaring sebabb tergelincir di lantai masjid. masa tu hujan lebat dan lantai licin. belakang saya jadi sangat sakit.. lepas beberapa hari hilang sakit.. tapi lepas dua ke tiga minggu sakit balik dan terasa pedih2.. sakit semakin terasa bila saya salah postur badan ketika duduk atau baring.. saya syak sebab terjatuh tempoh hari. satu hari bila terpandang kak ita promote pasal ostematrix, terdetik di hati rase nak cuba. saya dapatkan dari kak ita ostematrix dan lecithin. Habis sebotol saya terasa ada beza bahagian belakang saya. jadi hilang sakit. tapi kalau salah postur sakit tu akan datang balik. saya fikir nak repeat beli oste. Dalam masa yang sama, saya nak beli suplemen untuk kesuburan. Kak ita suggest GLA dan vitamin E. lepas sebulan saya ambil GLA dan Vitamin E sambil berterusan ambil oste, saya dapati Psoriasis saya ada perubahan.. ye ketika itu saya menghadapi masalah psoriasis yang agak teruk.. tapi saya x terfikir nak amil shaklee sbg rawatan psoriasis sebab kadang2 raser give up nak try supplemen atau ubat utk psoriasis.. emamng susah nak baik. Tapi sangat x sangka dgn GLA dan vitamin E, psoriasis saya menunjukkan perubahan yang ketara. Kuping dan gatal semakin berkurangan. Dari situ lah saya mula register membership bawah kak ita aka upline saya. Bila dah guna produk, dan ia berkesan atas saya, apa salah nya saya kongsikan dengan orang lain.. dari situ saya mula terfikir utk buat biz dalam shaklee.. sambil berkongsi kebaikan produk shaklee pada orang lain, sambil saya mencari pendapatan sampingan.. alhamdulillah.. rezeki Allah bagi pinjam.. pendapatan saya dalam shaklee telah dalam 4 angka dan sentiasa bertambah dari bulan ke bulan.. syukur alhamdulillah dipertemukan dengan shaklee.. keberkesanan produk shaklee memang diakui oleh ramai pengguna.. jika tidak, masakan shaklee jadi satu fenomena..

azwani
019-7775895
sid 964034

Wednesday 9 October 2013

Bisnes Shaklee

Seringkali kite mendengar orang disekeliling mengeluh kerana tidak cukup wang. Harga barang yang semakin naik, harga minyak naik, cukai itu dan ini. Tetapi orang mengeluh dan terus mengeluh di telinga kita tanpa berbuat apa2. Yang tahu hanya mengeluh. Tidak dapat tidak, kita terpaksa hadapi semua permasalahan ini. Salah satu cara dengan mencari pendapatan sampingan. Keluarga semakin besar, anak semakin bertambah dan membesar, maka perbelanjaan turut bertambah. Perlu fikirkan cara untuk mencari pendapatan sampingan.

Kenapa memilih shaklee????
Ada banyak cabang perniagaan yang kita boleh pilih. Terpulang pada diri masing2. Salah satunya Multi Level Marketing (MLM). Shaklee merupakan syarikat MLM . Kenapa saya memilih Shaklee??
Sebelum ni saya pernah melibatkan diri dalam perniagaan MLM. kemudian lama saya stop dan kembali biz MLM dgn shaklee. Ternyata Shaklee jauh berbeza dan memang best pun. Apa yg saya rase dgn Shaklee sekarang ni tak pernah raser dengan company MLM sebelum ni.. hehehe..

1) Tak perlu Meeting Larut Malam
- kalau dulu selalu meeting balik malam kul 1 pagi baru sampai rumah. almaklumlah nak menuntut ilmu.. tapi dgn shaklee belum pernah sekali pun meeting malam2. x pernah tinggalkan suami lagi untuk ke kelas. sebab apa??? sebab dgn shaklee semua ilmu boleh dapat secara online. coaching online.Segala maklumat dihujung jari. Baik info produk, motivasi dan inspirasi, plan perniagaan dan macam2 lagi info boleh diperolehi secara online melalui group wassap dan facebook group masing2. Yang penting tiada paksaan.. semua berniaga dgn rela hati dan pilihan sendiri.. ..

2) Tak ada modal pun..
- Tak perlu modal beribu2, beratus2 untuk berniaga. Hanya rm75 untuk pendaftraan keahlian. Ada orang nak barang, dorang bayar dan kite beli secara online . Shaklee siap tolong poskan... Beza dgn sesetengah MLM yg kena dumb modal .. berpuluh ribu pun ado!! serupa nak sembelih orang je kan.. huhuhu..

3) Mudah hanya di hujung jari.
- Oktober dah launching Shaklee online. Beli barang online, shipping online, promote online pendek kata semua di hujung jari. Jimat masa, minyak, tenaga. Sebab tu ramai golongan ibu2 buat shaklee ni.. Sebab anak2 depan mata tetap boleh berbisnes kencang. best kan? nak iklan kan produk shaklee tak perlu buka mulut pun.. x perlu approach orang.. x perlu pandai bercakap pun.. kan dah kata semua di hujung jari. boleh promote di fb, tweeter, forum, majalah.com, blog dan apa saje laman sosial..

4) Bonus lumayan
-Seriously!!! Dengan company dulu sebulan nak dapat rm100 pun payah.. dengan shaklee bulan pertama je dah rmXXX. Bulan kedua dah dapat rmXXXX..dan sekarang masih 4 angka.. tapi angka yang semakin bertambah.. syukur alhamdulillah.. tak teruja ke??? yang penting konsep nye kongsikan saje kebaikan produk shaklee dgn orang lain.. ramai sebenarnya yang memerlukan.. dan sgt memerlukan suplemen kesihatan yang berkesan, semualajadi dan selamat macam Shaklee ni..

5) Extra Bonus!!
- Bukan setakat dapat bonus dalam bentuk duit saje... banyak lagi bonus lain.. bonus kereta, bonus pelancongan dan umrah, tawaran penginapan di hotel ketika National Convention, Award, Makan malam bersama owner Shaklee.. dari masa ke masa banyak tawaran2 hebat yang lain dari shaklee.. bulan Oct ni yang bestnye pembelian 300uv dapat CoQ Health plus percuma yang bernilai rm99.. hihuu!! giler x best??!!

6) X payah pening fikir produk
- orang nak berniaga selalu nya perlu fikir barang atau servis apa dia nak jual. Dengan Shaklee x payah pening2 pikir produk apa. Produk dah siap lengkap dengan kelulusan KKM dan Halal dari badan yang diiktiraf oleh Jakim. X payah pening2 pikir nak hasilkan produk apa, kandungan apa, ujian klinikal dan sebagainya. Semua dah lengkap.

Haaa... u olls.. yang nak berbiznes tu.. jangan tunggu lagi.. hubungi saya untuk keterangan lanjut. Jangan fikir banyak2.. buat je.. Just Do It. terlalu banyak fikir, lagi banyak alasan untuk diciptakan.. Kalau anda mahu dan nak berjaya , anda perlukan dua perkara. Ruang dan peluang. Selagi ada, mulakan terus dan terus melangkah! insyaAllah.. siapa berusaha dia berjaya!

✍ FB : https://www.facebook.com/nurul.azwani.7
✐ FanPage : https://www.facebook.com/pages/Zon-vitamin/279582535517311
✉ Email: nurulazwani84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7775895
➲ COD Area: Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah.
➲ Penghantaran seluruh Malaysia melalui Poslaju 
 =========================
Nurul Azwani
Shaklee Independent Distributor 
ID : 964034